Tuesday, July 24, 2012




" Mak, Ramadhan datang lagi tp kali ni mak bukan dgn aisyah, ayah , adik2 tp mak dgn Allah. Aisyah cuba sedaya upaya jadi anak yg terbaik untk ayah dan kakak terbaik untk adik2 supaya mak senyum lagi dalam mimpi Aisyah :) " 

" Aisyah sayang mak "

Tuesday, May 29, 2012

Hari ini genap 4 bulan hati, semangat, jiwa dibawa pergi bersama dia....

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu


disaat mereka bergembira menyambut hari ibu,
aku berlinangan air mata mengingati kenangan bersamanya.
perasaan yang sangat perit untuk digambarkan dgn kata-kata,
hanya Allah tahu segalanya.


Sebab dah tak tahan sgt, aku call ayah untuk berkongsi apa yg aku rasa, the moment when he answered the call, automatically this thought come to my mind "ehhh, ayah tak layak dgr cerita sedih aku, ayah jauh lebih sedih. Dia tak berhak tahu" ...Then terus tukar topic, bila ayah tnya kenapa suara sengau. "selsema ayah, cm biasa ahh minum ais kan". keluhan dan marah ayah aku dgr dengan rela sebab dia sayang aku.

Apa yg ada dlm otak ni sekarg, nak balik rumah, nak pegi jumpa mak. itu sahaja. i bet i'll get better after that.2 hari lepas aku berweekend di rumah member. Ibu nya menyambut kepulangan anak depan pintu, dipeluk, dicium dgn penuh kasih sayang dan rindu. Aku? hanya mampu berkongsi kegembiraan untuk sahabat itu.Ketika ibuku masih ada, aku diperlakukan sedemikian rupa. ibu membuka pagar untuk dan dimasakkan semua yg aku gemari. Semenjak ibuku tiada, setiap kali aku pulang ke rumah, aku menerima semua dgn apa adanya, adk2 yg menyambut ketibaan, tidak dimasakkan dgn lauk kegemaran, tidak lagi bersembang smpai subuh dan bukan ibu lg yg tidur disebelahku. Tp bila pulang ke rumah sahabat itu, baru aku sedar aku sudah hilang semua itu. Alangkah sebaknya aku bila bgn pagi ibunya menyediakan sarapan, senang cerita all prepared. Aku pun pernah rasa semua itu. Tp itu semua dulu. Sekarang, setiap kali sbtu kami akan makan tgh hari terus. Takde makna breakfast semua tu. Dulu kain batik, baju, tudung miliknya yg aku simpan tanpa dibasuh menjadi pengubat rindu aku pada ibu, tp sekarang, barangnya telah menjadi bau aku. Tiada bau dia lagi. HAHA.

Pejam celik, ibu dah 100 hari meninggalkan aku ayah dan adik2 di muka bumi ini dan 100 hari juga jiwa hati dan semangat aku pergi. Luka kehilangan nya, akan aku tanggung sehingga akhir hayat aku. Luaran aku menjalani kehidupan seperti biasa walaupun aku dah tak bersemangat mcm dulu, tp dalaman? haihhh.
Aku tahu adik-adik aku menangis mengingati dia setiap kali sebelum tidur, tp kami sentiasa pendam apa yg dirasakan demi ayah , kerana ayah memikul tanggungjawab yg besar. Hati aku menyimpan 1001 duka yg sukar untuk disembuhkan.

"Mak, Selamat Hari Ibu"


Ijyou esyarashi deshta :)


Monday, May 7, 2012

kerja gila. gatal tangan hantar text dekat hp Mak, wish mother's day and birthday. hahha. memag tak lah dapat reply. just wanna do my annual routine. Dialah ibu yang terbaik, tak de yang lain dan takkan ada yang lain. aku sayang dia. tp sekarang hanya doa yg mampu aku beri sebagai hadiah untuk dia. Last year, masa birthday mak, aku dkt merbok. I called her at 00.00 in the morning. im the first person wished her even ayah ada kat sebelah, aku tak nak kalah.  Hahaha.

"happy birthday mak, aisyah yg first wish kan? hahhaa. impress gila."

"ye, aisyah yg pertama. haha. mak doa aisyah sentiasa sihat, mudah dlm menimba ilmu, Allah permudahkan semua urusan, dan jadi anak yg solehah"

"amiin aminn, mak jgn celebrate bd tau, tunggu aisyah balik, kalau tak, tak nak kawan"..

"tak nak kawan sudah, hahha. ye nanti aisyah balik kita pg makan sama2".

"mak, ckp pasal makan. aisyah tomyam dgn cekodok kentang mak. makanan kat sini semua tak sedap"

"heh? makanan x sedap pun, duit nye hbs jugak. aisyah balik nanti mak masak apa pun yg aisyah nak"

"hamboi, perli gua. yeayy. masak yg aisyah suka je, jgn layan adk punya taste"

"ye ye. dah pg tidur. selamat malam sayang"

"malam mak, i love you"

..............

rupanya ini lah last conversation aku dgn mak for her bd. hahhahha. aku memg takkan lupa.
Terima kasih mak sebab lahir kan aisyah, aisyah yg manja, suka makan, tidur, bnyak cakap, suka nangis, suka masam muka, suka gossip dan yg paling teruk suka hbskn duit. You treat like a princess. hahha. Aisyah tak pernah sempat nak ckp semua ni dkt mak masa mak sakit dulu, sebab aisyah ingat lepas mak operate you will be okay. Rupanya Allah ambil mak dari aisyah selamanya. Takde org nak peluk Aisyah tidur lagi. Mak selalu dtg dlm mimpi bila aisyah nangis tertidur2 ingat kat mak. So tomorrow , aisyah jalani hidup mcm biasa.

Semua org terasa kehilangan mak. Ramai kata muka aisyah sejibik mcm mak. tak tahu kenapa im feel so proud than i always do. hahhha.

so, mummy

HAPPY 46TH BIRTHDAY



HAPPY MOTHER'S DAY



ijyou esyarashi deshta :)

sekiranya dia masih ada,
dia menyambut hari ulang tahun yg ke -46

aisyah sayang mak. smpai akhir hayat aisyah :)

Saturday, March 31, 2012

Mak, Aisyah rindu .



tak tahu mcm mana nak describe perasaan rindu nya aku pada mak. orang yang paling rapat dgn aku. seorang manusia yg terindah yg Allah ciptakan untk melahirkan dan membesarkan aku. doa aku, usaha aku, kasih sayang aku semua untuk dia. Aku sayang mak lebih dr aku sayang diri aku sendiri. pernah juga terfikir untk berganti nyawa dgn nya. Setiap masa, ingatan aku untuk dia. aku hidup bersama mak selama 19 tahun 10 bulan , cukup lama jika dibandingkn dgn ibah yg hanya 12 tahun. aku tak pernah menunjukkn sedih aku di rumah, di depan ayah dan adik2 sebab aku tahu kami semua lemah tp masih berlagak seperti biasa.

kalau dekat merbok dulu, setiap malam mak call. setiap pagi mak akan hntr text "morning nak, intan payung" . semua akn aku ceritakan pd dia without miss anything. dialah teman bercerita,bergaduh,mengadu,bermanja. walaupun aku anak sulung tp aku paling manja dekat rumah. mak akan buat apa pun yg aku mintak. bila bulan puasa, aku tak suka bgn sahur sebab makann tak best, mak akn post ikan bilis goreng, sebab masakan mak yg paling simple itulah selera aku. smpai adk aku pernah ckp dgn mak masa di ICU "mak, anyah belum masuk u lagi, mak kene buat apa yg mak selalu buat dkt kak long" . dr situ, baru aku sedar, bnyak yg aku lebih dr dorg.

sekarang dkt shah alam, memang aku selalu rindukan dia. setiap malam air mata akan mengalir teringat kan dia. nak mengadu dkt kawan hari2 tentang masalah yg sama,tak sedap jugak. sekarang aku akan sms ayah setiap pg untk ucapkan good morning and schedule aku seharian. saja. kalau dulu mak akan reply, tp ayah takkan. sebab leceh katanya. tp aku tahu dia tunggu sms aku setiap hari.

ada satu malam, aku terlalu rindu pd dia smpai aku text dkt no hp mak, just wanna say "mak, aisyah rindu, i wish you were here".. pointless. kak epa kata "mak kau memg dah xde depan mata, tp dia hidup dalam hati aku selamanya". smpai satu malam aku termimpi aku dpt cium bahu mak. lepas sikit rindu aku. aku tak pernah berhenti berdoa untk dia, sebab aku tahu doa anak yg solehah adalh doa yg pertama sampai kpd mak. setiap minggu aku ke kubur. Allah shj yg tahu betapa sedih nya aku bila salah satu nisan yg ada di situ tertera nama buah hati aku. sakit.. perit...

luahan ini tak akan difahami oleh sesiapa pun walaupun yg paling dekat dgn aku.
hanya Allah yg mampu mengubati luka parah di hati aku. Wallahalam.

ijyou esyarashi deshta T_T

Monday, February 6, 2012

Kun Fayakun

Jadilah, maka terjadilah ...

Itulah firman Allah S.W.T yang tertera dalam Surah Yassin.

Manusia hanya boleh berkata 'terkilannya' , 'eh, muda nya lagi' , 'macm mana boleh jd mcm ni' , 'sakit apa? nampak sihat je' . Dan aku juga sering berkata 'kalau lah dulu aku...' , 'Ya Allah, adk aku kecil lagi', 'kenapa Ya Allah?' .. Inilah kata2 yg aku terpaksa hadap dr semua orang dan diri aku sendiri. Jangan kata org luar, aku yg menjaga dia pon tak nmpak tanda2 sblm pergi selama-lamanya. Bila dah lama, termenung sorg2, sedikit demi sedikit tanda2 itu sudah aku kenal pasti.

Punca? Arwah memg ada fibroid and cyst dalam rahim. Doktor pun suggest untk take out rahim tu. Semua ni dpt dikenalpasti pada Ogos 2011. Bila disuruh ke hosp swasta, katanya 'tak payah lah, serdang got the best doctor'.. So bermulah halangan demi halangan yg berlaku tanpa disedari. Tarikh operation ditangguhkan dr tarikh yg ditetapkan. Start dr situlah semua jenis penyakit datang serentak tanpa disedari. kencing manis lah, demam virus lah, kidney dah mula 50-50. Pergi hosp serdang, doc ckp 'Puan sihat, tak ada denggi, malaria sy bg mc satu hari' . Arwah pergi jumpa doc dlm keadaan menggigil, muka pucat lesi, kau kata sihat? kenapa tak tahan ward? Buat blood test je, kenapa tak buat urine test? terlalu bnyak kenapa, tetapi sudah menjadi ajal. Para doktor yg tak bertanggung jawab tu, kt jumpa di akhirat sana.

Aku ayah dan adik2, meneruskan kehidupan seperti biasa bersama luka di hati yg tidak akan pulih sehingga ahkir hayat kami. Kami semua merasakn benda yg sama, tp xde sesiapa pun luahkan demi menjaga hati masing2. Semoga Allah kuatkn kami sekeluarga dan semoga Mak ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

ijyou esyarashi deshta :)

Bermulah kehidupan aku dan adik2 menjaga Arwah yg demam on-off, menggigil lepas asar, makan tak lalu, pinggang dang punggung pedih ngilu, malam susah tidur. Aku tidak pernah menangis depan Arwah kerana ingin dia tahu yg semua ini akan menjadi baik selepas pembedahan. Mcm2 jenis ubat ditelan, demam sakit tak kebah2. Mcm2 jenis mknn aku beli bg menambah selera makan, tidak mendatangkn hasil juga. 5 hari sblm meninggal, mak berhadas besar tanpa disedari, tetapi aku tak tahu semua yg berlau adalah petanda. 3 hari sblm meninggal, tapak kaki hingga ke pinggang mak sejuk beku. pinggang ke atas panas shj. aku pelik, aku sapukan jugak minyak panas dan menyarungkn stokin di kaki nya. hampir separuh botol yg penuh tu aku sapukan di tapak kakinya.