Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu


disaat mereka bergembira menyambut hari ibu,
aku berlinangan air mata mengingati kenangan bersamanya.
perasaan yang sangat perit untuk digambarkan dgn kata-kata,
hanya Allah tahu segalanya.


Sebab dah tak tahan sgt, aku call ayah untuk berkongsi apa yg aku rasa, the moment when he answered the call, automatically this thought come to my mind "ehhh, ayah tak layak dgr cerita sedih aku, ayah jauh lebih sedih. Dia tak berhak tahu" ...Then terus tukar topic, bila ayah tnya kenapa suara sengau. "selsema ayah, cm biasa ahh minum ais kan". keluhan dan marah ayah aku dgr dengan rela sebab dia sayang aku.

Apa yg ada dlm otak ni sekarg, nak balik rumah, nak pegi jumpa mak. itu sahaja. i bet i'll get better after that.2 hari lepas aku berweekend di rumah member. Ibu nya menyambut kepulangan anak depan pintu, dipeluk, dicium dgn penuh kasih sayang dan rindu. Aku? hanya mampu berkongsi kegembiraan untuk sahabat itu.Ketika ibuku masih ada, aku diperlakukan sedemikian rupa. ibu membuka pagar untuk dan dimasakkan semua yg aku gemari. Semenjak ibuku tiada, setiap kali aku pulang ke rumah, aku menerima semua dgn apa adanya, adk2 yg menyambut ketibaan, tidak dimasakkan dgn lauk kegemaran, tidak lagi bersembang smpai subuh dan bukan ibu lg yg tidur disebelahku. Tp bila pulang ke rumah sahabat itu, baru aku sedar aku sudah hilang semua itu. Alangkah sebaknya aku bila bgn pagi ibunya menyediakan sarapan, senang cerita all prepared. Aku pun pernah rasa semua itu. Tp itu semua dulu. Sekarang, setiap kali sbtu kami akan makan tgh hari terus. Takde makna breakfast semua tu. Dulu kain batik, baju, tudung miliknya yg aku simpan tanpa dibasuh menjadi pengubat rindu aku pada ibu, tp sekarang, barangnya telah menjadi bau aku. Tiada bau dia lagi. HAHA.

Pejam celik, ibu dah 100 hari meninggalkan aku ayah dan adik2 di muka bumi ini dan 100 hari juga jiwa hati dan semangat aku pergi. Luka kehilangan nya, akan aku tanggung sehingga akhir hayat aku. Luaran aku menjalani kehidupan seperti biasa walaupun aku dah tak bersemangat mcm dulu, tp dalaman? haihhh.
Aku tahu adik-adik aku menangis mengingati dia setiap kali sebelum tidur, tp kami sentiasa pendam apa yg dirasakan demi ayah , kerana ayah memikul tanggungjawab yg besar. Hati aku menyimpan 1001 duka yg sukar untuk disembuhkan.

"Mak, Selamat Hari Ibu"


Ijyou esyarashi deshta :)


No comments:

Post a Comment