Tuesday, May 29, 2012

Hari ini genap 4 bulan hati, semangat, jiwa dibawa pergi bersama dia....

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu


disaat mereka bergembira menyambut hari ibu,
aku berlinangan air mata mengingati kenangan bersamanya.
perasaan yang sangat perit untuk digambarkan dgn kata-kata,
hanya Allah tahu segalanya.


Sebab dah tak tahan sgt, aku call ayah untuk berkongsi apa yg aku rasa, the moment when he answered the call, automatically this thought come to my mind "ehhh, ayah tak layak dgr cerita sedih aku, ayah jauh lebih sedih. Dia tak berhak tahu" ...Then terus tukar topic, bila ayah tnya kenapa suara sengau. "selsema ayah, cm biasa ahh minum ais kan". keluhan dan marah ayah aku dgr dengan rela sebab dia sayang aku.

Apa yg ada dlm otak ni sekarg, nak balik rumah, nak pegi jumpa mak. itu sahaja. i bet i'll get better after that.2 hari lepas aku berweekend di rumah member. Ibu nya menyambut kepulangan anak depan pintu, dipeluk, dicium dgn penuh kasih sayang dan rindu. Aku? hanya mampu berkongsi kegembiraan untuk sahabat itu.Ketika ibuku masih ada, aku diperlakukan sedemikian rupa. ibu membuka pagar untuk dan dimasakkan semua yg aku gemari. Semenjak ibuku tiada, setiap kali aku pulang ke rumah, aku menerima semua dgn apa adanya, adk2 yg menyambut ketibaan, tidak dimasakkan dgn lauk kegemaran, tidak lagi bersembang smpai subuh dan bukan ibu lg yg tidur disebelahku. Tp bila pulang ke rumah sahabat itu, baru aku sedar aku sudah hilang semua itu. Alangkah sebaknya aku bila bgn pagi ibunya menyediakan sarapan, senang cerita all prepared. Aku pun pernah rasa semua itu. Tp itu semua dulu. Sekarang, setiap kali sbtu kami akan makan tgh hari terus. Takde makna breakfast semua tu. Dulu kain batik, baju, tudung miliknya yg aku simpan tanpa dibasuh menjadi pengubat rindu aku pada ibu, tp sekarang, barangnya telah menjadi bau aku. Tiada bau dia lagi. HAHA.

Pejam celik, ibu dah 100 hari meninggalkan aku ayah dan adik2 di muka bumi ini dan 100 hari juga jiwa hati dan semangat aku pergi. Luka kehilangan nya, akan aku tanggung sehingga akhir hayat aku. Luaran aku menjalani kehidupan seperti biasa walaupun aku dah tak bersemangat mcm dulu, tp dalaman? haihhh.
Aku tahu adik-adik aku menangis mengingati dia setiap kali sebelum tidur, tp kami sentiasa pendam apa yg dirasakan demi ayah , kerana ayah memikul tanggungjawab yg besar. Hati aku menyimpan 1001 duka yg sukar untuk disembuhkan.

"Mak, Selamat Hari Ibu"


Ijyou esyarashi deshta :)


Monday, May 7, 2012

kerja gila. gatal tangan hantar text dekat hp Mak, wish mother's day and birthday. hahha. memag tak lah dapat reply. just wanna do my annual routine. Dialah ibu yang terbaik, tak de yang lain dan takkan ada yang lain. aku sayang dia. tp sekarang hanya doa yg mampu aku beri sebagai hadiah untuk dia. Last year, masa birthday mak, aku dkt merbok. I called her at 00.00 in the morning. im the first person wished her even ayah ada kat sebelah, aku tak nak kalah.  Hahaha.

"happy birthday mak, aisyah yg first wish kan? hahhaa. impress gila."

"ye, aisyah yg pertama. haha. mak doa aisyah sentiasa sihat, mudah dlm menimba ilmu, Allah permudahkan semua urusan, dan jadi anak yg solehah"

"amiin aminn, mak jgn celebrate bd tau, tunggu aisyah balik, kalau tak, tak nak kawan"..

"tak nak kawan sudah, hahha. ye nanti aisyah balik kita pg makan sama2".

"mak, ckp pasal makan. aisyah tomyam dgn cekodok kentang mak. makanan kat sini semua tak sedap"

"heh? makanan x sedap pun, duit nye hbs jugak. aisyah balik nanti mak masak apa pun yg aisyah nak"

"hamboi, perli gua. yeayy. masak yg aisyah suka je, jgn layan adk punya taste"

"ye ye. dah pg tidur. selamat malam sayang"

"malam mak, i love you"

..............

rupanya ini lah last conversation aku dgn mak for her bd. hahhahha. aku memg takkan lupa.
Terima kasih mak sebab lahir kan aisyah, aisyah yg manja, suka makan, tidur, bnyak cakap, suka nangis, suka masam muka, suka gossip dan yg paling teruk suka hbskn duit. You treat like a princess. hahha. Aisyah tak pernah sempat nak ckp semua ni dkt mak masa mak sakit dulu, sebab aisyah ingat lepas mak operate you will be okay. Rupanya Allah ambil mak dari aisyah selamanya. Takde org nak peluk Aisyah tidur lagi. Mak selalu dtg dlm mimpi bila aisyah nangis tertidur2 ingat kat mak. So tomorrow , aisyah jalani hidup mcm biasa.

Semua org terasa kehilangan mak. Ramai kata muka aisyah sejibik mcm mak. tak tahu kenapa im feel so proud than i always do. hahhha.

so, mummy

HAPPY 46TH BIRTHDAY



HAPPY MOTHER'S DAY



ijyou esyarashi deshta :)

sekiranya dia masih ada,
dia menyambut hari ulang tahun yg ke -46

aisyah sayang mak. smpai akhir hayat aisyah :)